Pages

19 Dec 2011

Bila hujan~



بسم الله الرحمن الرحيم

---


Sejak semalam lagi hujan turun berderai-derai. Agak lebat di sini. Tengok langit, mendungnya seperti akan terus berpanjangan hingga ke petang [mungkin].

Risau jugak kalau-kalau, hujan yang berpanjangan seperti ini akan mengakibatkan beberapa tempat di johor dilanda banjir semula. Semoga Allah limbahkan rezeki dan barakah daripada hujan ini bukan bala dan 'azab.

Mari membaca doa hujan.

" اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً "

"Ya Allah, jadikanlah ia (hujan) yang memberikan manfaat." [HR Bukhari]

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." [Al-A'raf: 57]
---
Wallahu'alam

0 Mereka Berbicara: