Pages

24 Oct 2011

Kita dan 'Alam



بسم الله الرحمن الرحيم

---


Dalam kehidupan seharian kita, kalau kita perhatikan betul-betul, kita sebenarnya tidak bersendirian. Sangka kita, teman kita adalah seperti kita juga, manusia yang punya 'akal, jasad dan roh. Lalu menjadikan kita lupa, sebenarnya, kita tidak pernah bersendirian di mana jua kita berada. Of course, Allah jua tetap bersama dengan kita. Tetapi Allah telah maklumkan kepada kita, sebenarnya, kita dikelilingi makhluk-makhlukNya yang tetap bertasbih kepadaNya siang dan malam.


"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [Al-Jumu'ah : 1]

Setiap daripada mereka sentiasa mengikuti sunnatullah yang telah Allah tetapkan buat mereka. Mereka ikut dengan ta'at dan setia tanpa sebarang soal, 

'kenapa pulak aku kena buat cam nie?', 
'asal lak aku? nape tak orang lain?', 
'kalau aku nak tuka keje lain, tak ley ke?'


"Yang demikian adalah menurut 'Sunnatullah' (undang-undang peraturan Allah) yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi 'Sunnatullah' itu." [Al-Ahzab : 62]

Tetapi problemnya, yang tidak mengikuti dan terlalu banyak soal adalah kita. Kita yang menyangka, hanya kita sahaja makhluk intelligent yang wujud dalam cakerawala ini. Lalu menjadikan kita sombong untuk akui, kita punya pencipta dan kita punya tujuan diciptakan.

Dengan kesombongan itu, kita menyangka kita merajai dunia ini dan boleh buat apa sahaja tanpa memikirkan sebenarnya kita punya teman lain yang perlu juga di jaga hak mereka. Kesan daripada kesombongan ini menyebabkan kita sendiri ditimpa musibah. Kalau para athies, mereka katakan 'mother nature' has gone with our actions

Tetapi sebagai seorang muslim, a believer of God, kita yakin sebenarnya ini adalah kesan bila kita tidak mengikuti sunnatullah yang telah ditetapkan. Ini adalah kesan bila kita tidak mengetahui tujuan sebenar kita diciptakan. Ini adalah kesan bila kita tidak menjalankan amanah yang di pertanggungjawabkan ke atas kita sebelum kita dilahirkan ke dunia ini. 


"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"." [Al-'A'raf : 172]

Juga adalah kesan bila kita mengabaikan teman kita yang selama ini hidup bersama kita. Bukankah Allah katakan 'alam ini bukti kekuasaannya?


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; " ['Ali-'Imran : 190]

Pernah dikisahkan ketika zaman Saidina 'Umar Al-Khattab menjadi Khalifah ummat muslim dan juga era pengembangan Islam ke serata dunia. Ketika itu, Islam telah sampai ke tanah Mesir. Masyarakatnya, ada yang telah memeluk Islam dan ada sebahagian yang masih berpegang dengan ajaran nenek moyang mereka. Dahulu, mereka adalah golongan penyembah matahari.

Ketika itu juga, seorang sahabat yang bernama 'Amru Al-Asr telah dilantik oleh Khalifah untuk menjadi Gabenor Mesir. Satu hari, sungai nil mula surut. Kesurutan ini telah mengganggu kehidupan seharian penduduk Mesir kerana sungai nil merupakan sumber harian penduduk di situ. Melihat perkara ini, sebahagian penduduk Mesir meminta Gabenor untuk buat upacara sembah matahari supaya di alirkan semula sungai nil walau pun mereka telah memeluk Islam tetapi amalan jahiliyah masih tertanam di hati mereka.
Kerana yakin bahawa amalan ini adalah amalam syirik dan khurafat, maka Gabenor telah menolak permintaan penduduk Mesir tersebut dan telah menulis surat untuk memohon nasihat daripada Khalifah.

Tidak lama kemudian, Khalifah 'Umar membalas surat tersebut tetapi alangkah terkejutnya 'Amru Al-Asr kerana surat itu tidak ditujukan kepada beliau tetapi ia ditujukan kepada sungai nil. Melihat kepada keadaan ini, 'Amru Al-Asr telah mencampakkan surat tersebut ke dalam sungai nil. Dengan kuasa Allah, sungai nil terus mengalir seperti biasa. Dalam surat tersebut ia berbunyi,

"Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil, kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah maka kami tidak sekali memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah itu Maha Kuasa dan kepadaNyalah kami bermohon supaya engkau mengalir seperti sediakala."

Kisah ini telah menjadi pedoman buat penduduk Mesir bahawa Allah sahaja yang berkuasa untuk lakukan apa sahaja sama ada di langit mahu pun di bumi. Akhrinya penduduk Mesir bertambah keimanan kerana telah menyaksikan satu keajaiban karamah pimpinan mereka.

Daripada kisah ini, kita dapat saksikan di sana, Saidina 'Umar Al-Khattab merupakan seorang sahabat Rasulullah SAW yang tinggi imannya dan sangat tegas prinsip Islamnya dalam kehidupan seharian beliau. Sehingga bila beliau mentadbir bumi ini dengan syariat Allah, beliau tidak melupa untuk menjalin hubungan dengan makhluk Allah yang lain. Dalam kisah ini, ia merujuk kepada sungai nil.

Bukankah hubungan kita dengan 'alam adalah kerana tali tauhid? Mungkin kita berbeza spesis atau pun jenis, tetapi saat kita bersaksi bahawa Allah adalah tuhan kita dan Muhammad SAW adalah pesuruh Allah, secara langsung kita telah punya ikatan juga dengan 'alam ini. Justeru, kita akan melihat kenapa hari ini pencemaran berlaku. Kenapa hari ini bencana 'alam begitu kencang sekali berlaku. Sana sini ribut, gempa, udara tercemar dan sebagainya. 

Kenapa ini berlaku? Kerana kita tidak mengikuti Sunnatullah dan tidak beriman kepada Allah.

So what's next? How to solve pencemaran 'alam?
Ubahlah diri kita dahulu. Berusaha untuk kembali kepada Al-Quran. Berusaha untuk mencari tanda-tanda kebesaran Allah dalam Al-Quran dan juga 'alam sekitar kita. Berusaha untuk mengikuti sistem-sistem Islam yang telah Allah turunkan untuk kita. Berusaha untuk menjaga kesucian Islam. Berusaha untuk kongsikan keindahan sistem-sistem yang Allah telah tetapkan dan akhirnya berusaha supaya sistem Islam boleh mengalahkan sistem jahiliyah. 

Semoga dengan usaha ini, kita kenal dengan pencipta kita, tahu tentang tujuan kita diciptakan, kenal siapa teman-teman disekitar kita dan akhirnya menjadi manfaat buat manusia seluruhnya. Yang Haq pasti akan kembali pada tempatnya, Insya Allah.

---
Wallahu'alam

1 Mereka Berbicara:

aCu said...

thanx for the post. ni first time dengar cite pasal sungai tu.