---
Alhamdulillah, tengah hari tadi berkesempatan untuk buat kutipan Palestine di Masjid Sultan Ismail UTM JB sekali lagi. Suasana kali lebih bersemangat sebab saya tak demam macam jumaat minggu lepas. :) Alhamdulillah.
Lepas habis solat jumaat tadi, saya bergegas ke tabung-tabung yang telah siap di posisikan pada setiap sudut masjid. Ada satu tabung di belakang yang saya fikir, macam tak de orang tengok, so, saya bergerak ke sana memandangkan dua tabung di depan, ada ikhwah yang membantu, akh Akmar Hisham.
Sampai je di tabung tersebut, saya lihat pakcik Shamsuddin, salah seorang prof di UTM sedang memerhatikan tabung tersebut. Bila saya menghampiri tabung tersebut, pakcik kata,
"ada orang kena tengokkan tabung nie. Banyak duit yang masuk."
Dalam kepala saya, ala...biasa la tuh pakcik. Beberapa keping sepuluh ringgit lima puluh ringgit dalam tabung itu perkara biasa. Maklum la, sudah beberapa hari buat kutipan di bazzar, jadi dah terbiasa dengan nilai-nilai tersebut.
Tapi bila saya menghampiri tabung tersebut, saya sendiri sangat terkejut. Ya Allah! Rupanya bukan sekadar dua tiga keping note lima puluh tapi a bundle of RM 50. Tak silap dalam anggaran of RM 1000 jugak sebab bundle tersebut sangat tebal. Saya betul-betul tak sangka, ada penderma yang begitu pemurah untuk serahkan sejumlah wang sebanyak itu.
Memandangkan jumlah wang yang banyak tersebut, saya terus mengambil tabung tersebut dan membawanya ke hulu dan ke hilir masjid untuk terus mengutip derma sambil bertasbih memuji Allah dengan apa yang Allah berikan. Sungguh tak disangka.
Kemudian, bila saya menghampiri akh Nazrul dan Ajwad, keadaan mereka pun sama. Ada seorang hamba Allah turut menderma sebundle wang RM 50 dalam tabung mereka. Sungguh, kami tak sangka. Jumlah yang tersebut benar-benar memberikan motivasi kepada kami untuk lakukan pusingan terakhir mengutip derma untuk Palestine. Selepas tamat kutipan tengah hari tadi, kami pulang dalam keadaan riang. =)
Alhamdulillah, tadi, saya baru dapat mesej daripada akh Saiful Islam bahawa kutipan tengah hari tadi adalah sebanyak RM 3431.00. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Sungguh tak di sangka warga UTM begitu pemurah menginfaqkan harta mereka untuk saudara mereka di Palestine. Alhamdulillah.
Apa pun, sekadar makluman kepada warga penderma yang budiman dan pemurah, insya Allah, segala wang yang telah anda sumbangkan melalui Aqsa Syarif daripada kutipan-kutipan yang telah di laksanakan di Bazzar Ramadhan, di masjid-masjid, di tempat-tempat kerja, di sekolah-sekolah dan sebagainya, semuanya akan di salurkan ke saudara-saudara kita di Palestine melalui beberapa orang sukarelawan yang akan bertolak pada esok hari (20 Ogos 2011 / 20 Ramadhan 1432 H) ke Gaza melalui pintu Rafah.
Doakan semoga Allah permudahkan perjalanan mereka dan meringakan segala beban kekangan Israel laknatullah yang menimpa ke atas mereka. Semoga dengan keperihatinan anda boleh mengukirkan sebuah senyuman di wajah anak-anak Palestine.
Tahniah sekali lagi kepada anda yang perihatin! :)
---
Wallahu'alam


0 Mereka Berbicara:
Post a Comment