---
Tak mudah nak menebalkan muka, kemudian berjalan ulang-alik di tengah khayalak ramai sambil menahan perut yang sedang bermain bermacam nada. Itu lah yang berlaku petang tadi bersama beberapa orang sukarelawan Aqsa Syarif Johor di Bazzar Ramadhan Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru.
Operasi petang tadi bermula jam 6 petang. Kami bermula dengan pembukaan gerai / booth kecil di celah-celah gerai air dan dan kuih yang masing-masing memakan ruang yang agak besar berbanding kami. Tapi tak pe, apa yang kami bawa bukanlah air, kuih-muih, nasi ayam mahu pun mee rojak (yang sememangnya menggiurkan petang itu), tapi kami bawa sebuah masalahah ummah yang perlu masing-masing mengambil berat dan tahu.
Kami bawa isu saudara kita sendiri iaitu isu Palestine. Gerai kami hanya dibekalkan dengan 2 buah banner, beberapa longgokkan flyers dan juga beberapa tabung.
Biasa la, awal-awal nak mula operasi, mesti la slow-slow dan sejuk-sejuk suam. Cara edaran flyers dan kutipan derma pun, macam tak berapa nak efektif. Maklum la, ketika ini, hanya ada 4 orang sahaja. Saya, Sabiq Zin dan dua orang adik kembarnya, Fatih dan Fathi yang masing-masing berumur 9 tahun. Segan silu gitu nak sampaikan risalah penting kepada warga bazar.
Bila keadaan macam ni, saya terfikir, dulu masa kat Pesta Konvokesyen UTM yang lepas, ikhwah UTM dengan selambanya telah buat 'flash mob' (boleh lihat di sini & di sini) di tengah-tengah khayalak ramai, sambil menyeru kepada warga pesta untuk ambil berat, ambil tahu, menderma untuk Palestine. Memang gempak.
Tak boleh jadi, mungkin suasana tak sama, tapi kena bersemangat macam tempoh hari. So, saya dan Fatih (ke Fathi?? muka sama) pun bawak satu tabung Palestine, kemudian memasangkan tekad untuk bergerak dari hulu ke hilir Bazzar sambil menyeru dan melaung kepada warga Bazzar untuk derma Palestine.
"Abang-abang, kakak-kakak...mari menderma untuk Palestine..."
"Abang-abang, kakak-kakak, Mari beli murtabak, nasi ayam, air bandung, duit baki jangan lupa derma untuk Palestine..."
"Mari bersama Aqsa Syarif membebaskan Palestine yang mulia, tanah kita bersama..."
"Duit untung jual apam, jual cendol, semua boleh juga derma..."
"Ayuh...abang-abang dan kakak-kakak, adik-adik pun boleh jugak....mari dermakan baki beli juadah berbuka untuk Palestine...."
dan seterusnya....
Macam-macam skrip terpaksa di olah dalam keadaan spontan. Ada yang macam kelakar dan tersyashul sampai makcik jual cendol boleh tergelak. Pun begitu, ada yang request pulak,
"Adik, nyanyi la sikit...baru la laku..."
Kalau bab nyanyi di khayalak ramai, memang out makcik. Takut nanti tak de yang nak menyumbang. Saya bukan apa, sedar diri. huhu~
Tapi alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian hanyalah untuk Allah semata-mata, kutipan kami petang tadi sangat memberansangkan. Memang ramai yang berbondong-bondong untuk menambahkan amal mereka di bulan yang mulia nie. Ada jugak yang non-muslim menyumbangkan untuk Palestine. Alhamdulillah, semoga Allah buka pintu hati mereka untuk menerima Islam.
Tugas kami berhenti dengan iftar bersama-sama di tengah-tengah laluan bazzar. Asalnya, akh Hafiz, ada beli sedikit juadah untuk berbuka dan alas perut, tapi sambil-sambil kami menyantap apa yang ada, bertalu-talu datang makanan dan minuman daripada warga bazzar yang dari awal memerhatikan kami membuatkan kutipan. Alhamdulillah, rezeki datang bergolek tanpa disangka. Sungguh, rahmat Allah itu luas.
Semoga Allah mengganjari warga bazzar yang telah dengan besar hatinya menyumbang untuk saudara kita di Palestine dan juga melimpahkan rahmat kepada peniaga-peniaga yang menginfaqkan sedikit makanan dan minuman mereka untuk santapan kami. Jazakumullah khairan kathira.
Esok, misi seterusnya di Bazzar Ramadhan Kg Melayu Majidee. Jom, sape nak join?
*p/s : dapat berita daripada pakcik Ahmadon yang kutipan petang tadi sebanyak RM 990.75. Alhamdulillah. :)
---Wallahu'alam






10 Mereka Berbicara:
Alhamdulillah..
Mabruk! Honestly, Im not that brave. So I'll just have to settle contributing thru other means i.e. the buntings :) Brings joy to me to see them 'up and running'.
May all our sacrifices and contributions towards Islam, Allah accept as our amal for akhirah.
Good job!
@Kak Amyra
Tak pe kak, setiap ada ruang dan pintu yang masin-masing perlu jaga.
Akak tukang design, kami tukang guna design akak. huhu~
Indahnya hidup dalam Jamaah. :)
alhamdulillah,..juga berlaku di bazar ramadhan Arau perlis,semlm..may Allah rewards jannah and His Blessing be upon all of you.
bagus2. nnti ade masa, turun KL asim. suruh org KL menderma sikit.
@anonymous :
Alhamdulillah. sebenarnya, ikhwah perlis yang berikan idea tersebut. Kami mengikuti usaha antum di sana. :)
@aCu:
erk...? why not zu yang buat kat KL...cari kengkawan yang sudi menambah amal, pastu contact Aqsa Syarif KL / selangor ke, pastu buat r kat sana....bernas tak cadangan? huhu~
semoga allah memberkati orang di palestine
Tahniah dan masya-Allah dengan usaha2 ini terutama dalam Ramadan.
mabruk2!
Sy salah seorg penduduk Taman Universiti, Insya Allah, usaha mulia ini akan sy promotekan di kalangan rakan2 di Facebook dan Blog. Mohon share gambar2 nya ye...
Post a Comment