---
Semalam, beberapa orang ikhwah telah pergi ke Bazzar Taman U sekali lagi untuk buat kutipan Palestine. Tapi semalam, saya tak dapat join. Saya demam teruk. Tak larat nak bangun. Dengar cerita, kutipan di Bazzar Taman U kali ini lebih banyak. Kutipan pertama sebanyak RM 990.75. Manakala kuitpan kedua pulak sebanyak RM 1661.25.
Alhamdulillah. Dengar cerita jugak, lebih ramai ikhwah yang turun. Terasa sangat rugi tak dapat bersama mereka. Bersama dalam beramal dan mencari redha Allah. Saya di halang untuk keluar hanya kerana kesihatan fizikal yang tak mengizinkan. Kalau bukan kerana kesihatan ini, sudah lama saya bersama mereka. (T_T)
Dengar cerita jugak, pagi ini, mereka akan pergi ke Pasar Tani Larkin untuk gempur di sana. Kemudian petang pula, mereka akan pergi ke Bazzar Ramadhan Kg Melayu Larkin. Bila saya dengar, rasa sangat cemburu, sebab hari ini saya tak dapat bersama mereka.....lagi. (T_T)
Pagi ini saya ada daurah di Kompleks IKRAM Johor. Tengah hari pulak akan ke Kajang untuk majlis iftar batch 8 hidayah. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya tinggalkan iftar tersebut dan bersama dengan ikhwah-ikhwah menggempur masyarakat Larkin untuk kutipan Palestine. Tapi apakan daya, tanggungjawab di batch perlu di tunaikan.
Hari ini, kesihatan saya lebih baik daripada semalam. Kalau semalam, saya tak dapat nak bangun, hari ni saya pening-pening sikit sahaja. Insya Allah, kalau nak pergi program, tak de masalah.
Doakan saya, semoga Allah sembuhkan demam yang berlarutan ini supaya saya boleh terus berkerja untuk ummah.
---"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." [Al-Isra' : 82]
Wallahu'alam


0 Mereka Berbicara:
Post a Comment