---
Tidak lah terlalu lama saya berada dalam gerabak dakwah. Kalau dihitung, mungkin sekitar 4-5 tahun. Tapi dalam tempoh itu, banyak perkara saya belajar, banyak pengalaman saya timba. Antara yang saya fikir paling berharga adalah cerita pengalaman as-sabiqunal awalun (orang-orang yang awal) tentang bagaimana mereka memulakan dakwah serta cabaran yang mereka terpaksa lalui pada ketika itu.
Pokoknya bukan semata pada cerita, tapi bagaimana mereka melalui satu zaman jahiliyah itu melata dan Islam itu sangat sedikit tapi dengan dakwah dan tarbiah yang berterusan, Islah itu berlaku sedikit demi sedikit. Sekali pun pada mata kita, jahiliyah semakin rancak tapi Islam juga semakin lama semakin rancak dan semakin hebat. Ia mula diterima ramai.
Dalam 4-5 tahun itu juga saya banyak memerhati. Walau tidak pada sekala yang besar tapi dipersekitaran saya, saya melihat ada perubahan dalam masyarakat. Semakin lama, mereka semakin mahu dan ingin mendekati Islam hasil titik peluh mereka-mereka yang komitted untuk lakukan perubahan. Alhamdulillah.
Apa tandanya ini?
Benarlah kata Abu Amar, Islam pada hari ini, hanya sedang berlaku gerhana, bukan terbenamnya mentari. Fajar Islam semakin menyinsing dan kejayaan Allah akan datang. Insya Allah.
Perkembangan baik dalam dunia Islam hari ini adalah bukti kejayaan itu akan datang tak lama lagi. Dan saya yakin janji Allah itu pasti.
"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman." [As-Saf, 61:13]
Jom terus positive dan yakin dengan janji Allah. Kalau mampu, let's be part of the change and victory that will come. ^^
---
Wallahu'alam






